Penilai Tanah Terengganu – Pampasan bagi Project ECRL, Naik Taraf Air dan Pembinaan Jalan

Posted on

Kerja-kerja pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor sudah mencapai kemajuan 40.81 peratus setakat ini. Terdapat banyak Pemilik Tanah yang terjejas akibat pembinaan jalan tersebut berhak mendapat pampasan yang mencukupi. Malaysia memperuntukkan undang undang yang melindungi para pemilik tanah yang terjejas. Menurut Dr Tham Kuen-wei, pakar hartanah dan penilai bagi kes pengambilan balik tanah, hak pemilikan harta di Malaysia adalah di bawah beberapa perundangan seperti berikut :-

Perlembagaan Persekutuan.
Kanun Tanah Negara 1965/ Land Ordinance (Sabah Cap. 68) 1950/ Sarawak Land Code (Cap.81) 1958.
Akta Pengambilan Tanah 1960/ Land Aquisition Ordinance (Sabah Cap.69) 1950/ Part IV of the Sarawak Land Code (Cap. 81) 1958.

Hak Pengambilan Tanah
Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa :
13 (1) – Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.
13(2) – Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.
AKTA / PERUNDANGAN YANG BERKAITAN

Kuasa Pengambilan Tanah
Seksyen 3, Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486) (Pindaan) memperuntukkan bahawa Pihak Berkuasa Negeri boleh mengambil mana-mana tanah yang diperlukan.

PROSES PENGAMBILAN TANAH (AKTA PENGAMBILAN TANAH
Penyiaran Warta di bawah Seksyen 4 Akta Pengambilan Tanah 1960 (Pindaan) bahawa tanah berkemungkinan akan diambil.
Penyiaran Warta di bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 (Pindaan) mengenai pengisytiharan pengambilan yang dicadangkan.
Pihak yang berkepentingan perlu menghadiri siasatan di Pejabat Tanah di mana pihak berkepentingan boleh mengemukakan tuntutan semasa siasatan dibuat.
JPPH memberi khidmat nasihat kepada Pentadbir Tanah dalam menentukan pampasan.
Pentadbir Tanah menyediakan award bertulis di dalam Borang G.
Pihak berkepentingan yang tidak berpuas hati dengan tawaran pampasan boleh mengemukakan rayuan kepada Pentadbir Tanah dalam tempoh enam (6) minggu dari tarikh Borang G dikeluarkan.

Dr Tham berkata “Mana-mana pihak yang berkepentingan ke atas tanah berjadual dan tidak berpuas hati dengan award Pentadbir Tanah boleh membuat rayuan bertulis kepada Mahkamah Tinggi dengan menggunakan Borang N. Para Pemilik Tanah harus melantik penilai berdaftar bebas untuk memastikan nilai pampasan yang diberikan adalah setimpal.” 

Bantahan boleh dibuat ke atas perkara berikut:
1.Ukuran Tanah
2.Amaun Pampasan
3.Siapa yang Patut Dibayar Pampasan
4.Pembahagian Pampasan

Dr Tham menjalankan penilaian hartanah di Terengganu yang terjejas disebabkan oleh:-

1. Pembinaan ECRL
2. Projek Menaik Taraf Air di Lembah Setiu
3. Pembinaan Jalan dari Lapangan Terbang Kuala Terengganu ke Pusat Bandar Terengganu

NOTA: Sekiranya anda merupakan pemilik tanah yang terjejas di atas dan memerlukan penilai untuk menilai jumlah pampasan, anda boleh merujuk kepada Dr Tham di emel malaysiavaluer@gmail.com
Fi Penilai adalah PERCUMA dan dibayar oleh pihak pengambil tanah bagi pendengaran penentuan pampasan pertama di Pejabat Tanah. Oleh demikian, sila hubungi Dr Tham di 016-543 4262 atau di malaysiavaluer@gmail.com / www.malaysiavaluer.com